Asal-usul Sejarah Telok Panglima Garang
[Sumber
Pertama] [Sumber Kedua]
[Peristiwa Pertama] [Peristiwa
Kedua] [Main Page]
¡¡
Sumber Kedua
Pada tahun 1880, ada sepasang suami isteri dari Acheh hendak mencari tempat yang sesuai untuk mendirikan rumah. Mereka tinggal di sebuah pondok dan memulakan panghidupan baru.
Pada suatu hari, selepas mendirikan pondok, sisuami pergi mencari makanan. Setelah peninggalan sisuami itu, terdapat seekor harimau merayau-rayau berhampiran pondok itu. Harimau tersebut telah ternampak siisteri itu lalu ia terus menyerangnya dan mengheret mayat siisteri itu ke satu kawasan belukar berhampiran.
Apabila sisuami pulang ke pondok itu, mendapati isterinya tidak ada di pondok itu, sisuami menjumpai kesan-kesan darah. Dengan perasaan marah, sisuami telah menemui mayat isterinya di satu kawasan tidak jauh dari pondok itu.
Dengan perasaan yang marah tanpa memikirkan keselamatan dirinya, sisuami menggunakan senjata tajam berbaring ditanah sambil meletakkan mayat isterinya di atas dadanya dan sisuami menunggu harimau itu. Tidak lama kemudian, harimau itu datang semula ke tmapat kejadian. Sisuami itu cuba mmburuh harimau dalam keadaan bergelut dan akhirnya harimau itu dapat ditewaskan. Tetapi sisuami berkenaan luka parah kerana dicakar harimau itu. Kebetulan beberapa pengembara singgah di kawasan itu untuk berehat dan mereka dapat menyaskikan peristiwa ini.
Sejak peristiwa ini, mereka menggelarkan lelaki itu berkenali sebagai "Panglima Yang Garang serta Berani". Oleh sebab itu, kawasan ini mula dikenali sebagai Telok Panglima Garang yang kekal hingga sekarang.