hidari_w.gif (1851 bytes)Asal-usul Sejarah Telok Panglima Garang migi_w.gif (1887 bytes)

line3_b.gif (1531 bytes)

[Sumber Pertama]  [Sumber Kedua]
[Peristiwa Pertama]  [Peristiwa Kedua]  [Main Page]

line3_b.gif (1531 bytes)

¡¡

Sumber Pertama

Nibong Dengkil adalah nama asal bagi Telok Panglima Garang. Nibong merupakan sejenis pokok hutan yang boleh digunakan membuat lantai. Manakala Dengkil merupakan bahagian nibong ruyung yang nipis.

Pada masa itu, Selangor diperintah oleh Sultan Abdul Samad. Semasa zaman pemerintahan beliau, Nibong Denkil merupakan salah satu pangkalan pusat perdagangan yang penting di Selangor. Nibong Dengkil mula dibuka di sekitar pada tahun 1820an. Pada masa itu, jumlah penduduknya sebanyak 300 orang dan kebanyakannya ialah orang asli. Mereka menjual atap nibah, buah-buahan dan hasil kraftangan mereka kepada pedagang yang berlabuh di sini.

Dahulunya, terdapat sebuah pangkalan yang dikenali dengan nama "Pangkalan Bom" di sini. Pada tahun 1860, terdapat satu rombongan pedagang Acheh tiba di Teluk Paku. Ia terletak tidak jauh dari Nibang Dengkil. Sejak itu, mereka telah menakluki Nibang Dengkil. Semasa penaklukan, berlakulah satu pergaduhan antara orang asli dengan orang Acheh.

Dalam pergaduhan ini, orang asli telah kalah. Akibatnya, Nibong Dengkil jatuh ke tangan orang Acheh. Oleh sebab itu, orang asli melarikan diri dari ke Bukit Tampel melalui hilir mudik sungai di Dengkil. Dalam perjalanan itu, mereka telah bertemu dengan satu rombongan pedagang yang menasihati mereka agar berhati-hati di pangkalan Bom yang berbentuk teluk. Ini adalah kerana terdapat orang Acheh yang digelar Panglima Garang.

Semenjak itu, tersabarnya berita wujudnya seorang Panglima Garang di teluk pangkalan Bom. Sejak kejadian tersebut para pelawat yang melalui Pangkalan Bom tersebut pun memanggil teluk pangkalan Bom sebagai Telok Panglima Garang.

line1_b.gif (3765 bytes)